Selamat Tahun Baharu 2016 | 50 TAHUN UPM
» BERITA » Selamat Tahun Baharu 2016

Selamat Tahun Baharu 2016


SERDANG:  Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada semua warga universiti – pegawai, staf dan pelajar.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana berjaya menempuh cabaran dan merintis kejayaan sepanjang tahun 2015. Namun kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian lalu, sebaliknya ia harus dipertingkatkan.

Jadikan pengalaman lalu sebagai natijah serta panduan bagi memperkasa diri untuk menyumbang kepada Universiti dan negara dalam mengharungi tahun baharu 2016.  

Semoga tahun 2016 turut membawa harapan, iltizam dan kesungguhan baharu bagi kita warga Universiti terus memacu pencapaian berilmu dan berbakti untuk menjulang UPM ke persada lebih cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.


Tarikh Input: | Kemaskini: | norafzan

PERKONGSIAN MEDIA

50 TAHUN UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
WZILDAz~