Alumni Serdang Angels Melalui Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR), Alumni Scholarship Dan Putra Cakna: Alumni Care Heart To Heart (H2H) Kembali Menyumbang Kepada Alma Mater | 50 TAHUN UPM
» BERITA » Alumni Serdang Angels Melalui Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR), Alumni Scholarship Dan Putra Cakna: Alumni Care Heart to Heart (H2H) Kembali Menyumbang Kepada Alma Mater

Alumni Serdang Angels Melalui Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR), Alumni Scholarship Dan Putra Cakna: Alumni Care Heart to Heart (H2H) Kembali Menyumbang Kepada Alma Mater

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG – 29 Jan, Menerusi Program Menggamit Seribu Kenangan: Alumni Reunion (MEKAR) telah diadakan satu Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan, yang berlangsung di Padang Ragbi B Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Nama Piala Hamdan (Hamdan Cup) diambil sempena tanda ingatan dan penghormatan terhadap jasa dan bakti arwah kapten pasukan Serdang Angels iaitu Almarhum Norsuhaimy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘Hamdan’.

 Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan 2022 (Serdang Angels Hamdan Cup) merupakan hasil buah fikiran para Alumni Serdang Angels khususnya ‘batch’ yang bergraduan sekitar tahun 90-an bagi memberikan penghormataan dan juga memperingati jasa serta nilai yang diterap dan ditinggalkan oleh Allahyarham Hamdan. Beliau merupakan kapten beberapa pasukan Serdang Angels yang amat kukuh prinsip sepasukan, profesionalisme serta persahabatan.

Lebih penting lagi, menerusi program ini juga telah membuka ruang kepada alumni terutama daripada Serdang Angels untuk menyumbang semula kepada alma mater melalui Program Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR), Alumni Scholarship dan Putra Cakna: Alumni Care Heart to Heart (H2H), dan seterusnya menyemarakkan lagi Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).  

Pada program ini juga, menyaksikan pelajar Wan Muhammad Aiman Wan Mohd Marzuki telah menerima peranti daripada Alumni Serdang Angels, dalam usaha membantu para pelajar yang memerlukan. Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan sekaligus menunjukkan nilai kekitaan dan kebersamaan alumni dalam untuk meneruskan aspirasi unversiti melahirkan graduan yang cemerlang dan berjiwa besar. 

Antara tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Yang Amat Mulia, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof Madya Dr. Arba’ie Sujud, Mantan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi UPM, Dr. Saidun bin Amri, Presiden Malaysia Touch Association, Tuan Haji Ahmad Sufiani Johari.   

Berkata pada program itu, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato Seri Diraja Syed Razlan, amat mengalu-alukan sumbangan daripada alumni kepada alma mater khususnya kepada pelajar-pelajar yang memerlukan terutamanya peranti dan juga biasiswa alumni. Menurut beliau lagi, peranan alumni dalam bersama-sama menjayakan visi dan misi universiti sangatlah dituntut untuk sama-sama seiring menuju kejayaan pendidikan tinggi di Malaysia. 

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud pula, Pusat Perhubungan Alumni menyambut baik setiap sumbangan yang diberikan oleh alumni dalam kebersamaan membantu para pelajar dan universiti mencapai kecemerlangan akademik. Peranan alumni kepada alma mater adalah berterusan untuk sama-sama meletakan institusi yang disayangi ini pada tahap yang tertinggi menerusi graduan cemerlang akademik dan kokurikulumnya. 

Pada majlis itu turut diselitkan pelancaran Slogan baharu iaitu ‘Daripada Alumni Kepada UPM’ yang akan menyemarakkan lagi semangat kekitaan dan kebersamaan alumni dalam menyumbang kembali kepada alma mater. 

Tarikh Input: 21/02/2022 | Kemaskini: 21/02/2022 | sitinurain

PERKONGSIAN MEDIA

50 TAHUN UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
SXEUNAz~