PSAS & TPU Anjur Webinar Forum Semarak Budi, Berilmu Berbakti Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM | 50 YEARS UPM
» NEWS » PSAS & TPU Anjur Webinar Forum Semarak Budi, Berilmu Berbakti Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM

PSAS & TPU Anjur Webinar Forum Semarak Budi, Berilmu Berbakti Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 17 September 2021, Satu webinar dalam talian telah dilangsungkan. Webinar yang membawa tajuk perbincangan ‘Mendepani Cabaran Perkhidmatan Perpustakaan dan Taman Pertanian Universiti Sepanjang Dua Dekad Penubuhan (2001-2021)’ itu telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari. 

Webinar kali ini cukup istimewa kerana ianya dianjurkan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). Bagi membicarakan tajuk forum kali ini, empat ahli panel telah dijemput iaitu, Dato’ Dr. Idris Abdul, Mantan Pengarah, Taman Pertanian Universiti (TPU), Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin, Pengarah TPU, Encik Muzaffar Shah Kassim, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) dan Encik Amir Hussain Md Ishak, Mantan Pustakawan, PSAS.

Sepanjang hampir tiga jam webinar berlangsung, banyak perkongsian ilmu telah dikongsikan merangkumi dua dekad penubuhan kedua-dua entiti yang sangat penting kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Menurut Mantan Pengarah TPU, Dato’ Dr. Idris Abdul, banyak perubahan ke arah memurnikan apa yang telah ditinggalkan legasi sebelum ini. Sebagai contoh daripada sebuah universiti ataupun kolej pertanian, kini UPM gah dengan pelbagai kursus dan fakulti yang merangkumi kesemua keperluan untuk pembinaan insan. Ianya adalah sejajar dengan penukaran nama daripada Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia. Ini kerana UPM bukan hanya pertanian semata-mata malahan kini merangkumi kajian perubatan, kejuruteraan malahan kepada teknologi Aerospace. 

Manakala bagi Prof Dr. Siti Zaharah Sakimin, beliau melihat pembangunan selama dua dekad ini melihat satu perubahan daripada pertanian konvensional kepada satu perubahan dunia pertanian secara berteknologi. Beliau juga melihat UPM apabila wujudnya jaringan kerjasama dengan industri di luar untuk memantapkan lagi cabang pertanian itu sendiri. UPM juga ke arah untuk mengindustrikan universiti apabila keterlibatan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, contoh MDEC dalam menjana pendanaan untuk kemaslahatan pelajar dan graduan. 

Bagi Ketua Pustakawan PSAS, beliau melihat jasa mereka terdahulu yang terlibat secara langsung dalam pembangunan PSAS dan TPU telah meninggalkan satu legasi yang besar dan penting untuk diteruskan oleh generasi hari ini. Tugas generasi hari ini adalah menjaga dan memperindah apa yang ditinggalkan. 

“Ianya ibarat harta warisan yang berusia 50 tahun ditinggalkan untuk kami transformasikan ia menjadi satu entiti yang lebih banyak cabang kegunaannya. Jika ia sebuah perpustakaan, ia harus ditransformasikan menjadi sebuah perpustakaan yang bukan bersifat perpustakaan semata-mata tetapi ianya adalah sebuah pejabat untuk semua,” ulasnya. 

Secara keseluruhannya kedua-dua entiti yang penuh sisip sejarah tersendiri ini, banyak menyimpan cerita awal penubuhannya. Sehingga kini ia menjadi sebuah entiti yang penting dalam mendepani cabaran revolusi IR4.0 dan kedua-duanya kekal relevan dengan tanggungjawab tersendiri kepada pembangunan dan pemerkasaan UPM. 

Date of Input: 07/10/2021 | Updated: 07/10/2021 | sitinurain

MEDIA SHARING

50 YEARS UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W1UKROAT:14:33