Program PUTRA PEMINDAHAN ILMU (PUTRAPIL) Ternakan Ayam Daging | 50 YEARS UPM
» NEWS » Program PUTRA PEMINDAHAN ILMU (PUTRAPIL) Ternakan Ayam Daging

Program PUTRA PEMINDAHAN ILMU (PUTRAPIL) Ternakan Ayam Daging

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – Program perkongsian ilmu iaitu Program PUTRA Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) telah dianjurkan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) bermula 7 Julai hingga 2 Disember 2021. 

Program ini adalah antara program yang dijalankan dalam menyemarakkan lagi Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). Program Putrapil adalah salah satu program di bawah Ekspo Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) yang mana Ekspo ini merupakan projek induk Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM. Di samping itu, program ini direncanakan khas untuk menyebarluas kepakaran UPM dalam bidang penternakan khususnya ternakan ayam.

Pada 7 Julai 2021 lalu, UCTC telah pun menganjurkan sesi pemindahan ilmu yang pertama secara dalam talian bersama pakar-pakar yang telah dijemput khas dengan topic perbincangan seperti berikut; Kualiti & Khasiat Ayam Daging Warna serta Trend semasa pengguna yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Lokman Hakim Idris dari Jabatan Sains Pra Klinikal, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr. Eric Lim Teik Chung dari Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM yang menyampaikan topik Pengurusan Sistem Reban dan Infrastruktur Ladang, Prof. Madya Dr. Henny Akit, Ketua Jabatan Sains Haiwa, Fakulti Pertanian dengan tajuk perbincangan Pengurusan Produksi & Pengeluaran Ternakan dan juga Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Pengarah UCTC/Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, UPM. 

PUTRAPIL Sesi 1 yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini merupakan kolaborasi antara UCTC bersama Fakulti Pertanian dan Fakulti Perubatan Veterinar untuk menyebarluas peranan Universiti Putra Malaysia dalam bidang penyelidikan kepada komuniti melalui pelbagai pendekatan dan kaedah pengembangan.

Pihak UCTC menzahirkan ucapan terima kasih kepada panel yang terlibat dan juga kepada peserta Porgam PUTRA Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Ayam Daging. Semoga dengan perkongsian ilmu dan idea ini dapat membantu para peserta dalam projek masing-masing. 

 

(Sumber:https://uctc.upm.edu.my/berita/program_putra_pemindahan_ilmu_putrapil_ternakan_ayam_daging_warna_sesi_1-62572)

Date of Input: 19/08/2021 | Updated: 26/08/2021 | sitinurain

MEDIA SHARING

50 YEARS UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
SXDcSAC~