Cakna Ilmu Bersama PUTRAPIL Siri Kedua Berlangsung Dengan Lancar | 50 YEARS UPM
» NEWS » Cakna Ilmu Bersama PUTRAPIL Siri Kedua Berlangsung dengan Lancar

Cakna Ilmu Bersama PUTRAPIL Siri Kedua Berlangsung dengan Lancar

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – Susulan perkongsian ilmu PUTRAPIL siri pertama, kini siri 2 telah berlangsung pada 26 Julai 2021 lalu. Kali ini seramai empat lagi panel dijemput untuk membincangkan topik-topik yang pasti menarik dalam membantu para peserta program Ternakan Ayam Daging Warna. Program Putrapil adalah salah satu program di bawah Ekspo Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) yang mana Ekspo ini merupakan projek induk Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM.

Mereka ialah, Prof. Dr. Jalila Abu, Timbalan dekan Hospita; Veterinarm Fakulti Veterinar, UPM yang berkongsi input mengenai topik Pengurusan Kesihatan Ladang Ternakan Ayam. Selain beliau panel juga Dr. Tee Tuan Poy dari Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, UPM dengan tajuk Kaedah Pengurusan Sisi Ternakan & amp; Hasil Ladang dan juga Dr. Nik Faiz Nik Mohd Azmi dari Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakult Perubatan Veterinar, UPM berkongsi mengenai Pengurusan Biosekuriti Ladang Ternakan Ayam. 

Para penternak yang berpotensi tinggi dialu-alukan menyertai program ini dalam memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam penternakan ayam. Penyertaan secara percuma ini diharapkan memberi impak yang besar dalam mengoptimumkan pengunaan sumber-sumber utama dalam melaksanakan bidang usaha ternakan; mendayaupayakan penternak melalui pengeluaran ayam daging warna dengan menggunakan sistem pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kesihatan yang sesuai dan melahirkan penternak yang berkemampuan untuk menjalankan projek penternakan ayam yang berdaya saing dan sistematik serta berpotensi untuk dikembangkan kepada skala yang lebih besar.  

 

Program ini merupakan kolaborasi UCTC bersama Fakulti Pertanian dan Fakulti Perubatan Veterinar untuk menyebarluas peranan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pengembangan pertanian bersempena sambutan Jubli Emas 50 tahun UPM. Ini juga merupakan langkah proaktif yang diambil untuk melaksanakan pemindahan ilmu melalui pelbagai pendekatan dan kaedah pengembangan digital. Kepada semua peserta, terima kasih atas komitmen dan selepas ini akan ada sesi lawatan dan demonstrasi maya yang akan dimaklumkan kelak.

Date of Input: 19/08/2021 | Updated: 26/08/2021 | sitinurain

MEDIA SHARING

50 YEARS UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
SXEaNAE~