BENGKEL PENUBUHAN PUSAT KLINIKAL HPUPM | 50 TAHUN UPM
» AKTIVITI » Peluang Kerjaya

Tajuk Acara
BENGKEL PENUBUHAN PUSAT KLINIKAL HPUPM
Tarikh
03 Feb 2023 - 05 Feb 2023
Masa
01.00 - 01.00
Lokasi
Royale Chulan Kuala Lumpur
Ringkasan Acara
BENGKEL PENUBUHAN PUSAT KLINIKAL HPUPM   KUALA LUMPUR, 3 Februari- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah mengadakan Bengkel Penubuhan Pusat Klinikal HPUPM pada 3 hingga 5 Februari 2023 yang bertempat di Dewan Tun Sri Lanang,Hotel Royale Chulan.   Matlamat bengkel ini adalah bagi merancang strategi serta meneliti halatuju yang efektif bagi empat (4) bidang kecemerlangan nic iaitu Strok, Prostat, Geriatrik dan Zoonotik sejajar dengan Pelan Strategik HPUPM 2021-2025. Pemerkasaan bidang nic ini telah disasasarkan di dalam Matlamat 5 HPUPM iaitu Mewujudkan dan Memperkasakan Pusat Kecemerlangan.   Turut hadir, Pengarah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), YBhg. Prof. Dr. Hamidon Bin Haji Basri, Timbalan Pengarah Klinikal HPUPM, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Binti Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal HPUPM, Prof. Dr. Syafinaz Binti Amin Nordin dan Timbalan Pengarah Pengurusan HPUPM, Encik Mohd Nazri Bin Md Yasin serta Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), YBhg. Prof. Dr. Zamberi Bin Sekawi. Bengkel ini dihadiri oleh ketua jabatan, pakar dan pegawai perubatan serta pegawai sokongan.Keberhasilan bengkel ini akan meletakkan HPUPM di landasan yang kukuh dalam meningkatkan sumbangan serta manfaat kepada masyarakat menerusi bidang kepakaran yang dimiliki. Institut ini juga dihasratkan dapat menterjemahkan aspirasi nasional secara efektif.

Kemaskini:: 13/02/2023 [famezan]

50 TAHUN UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
XZKMCAW~