Kenali UPM Menerusi Pameran Maya Bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM | 50 TAHUN UPM
» ARTIKEL » Kenali UPM Menerusi Pameran Maya Bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM

Kenali UPM Menerusi Pameran Maya Bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan   

Pameran secara maya ini diadakan bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). Banyak sejarah yang tersimpan yang boleh menjadi tatapan umum dan menjadi fakta terpenting dalam menelusuri perjalanan sebuah alma mater yang tersohor bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia. 

Pameran maya yang julung kali diadakan ini adalah sebagai satu langkah keselamatan dan menunjukkan UPM dalam kebersamaan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Pameran asal yang dirangka dilakukan secara fizikal sebelum ini diubah mengikut kepada situasi dan keadaan semasa negara yang masih ‘berperang’ dalam memerangi wabak Covid-19 daripada terus menular. 

Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM telah dijalankan dengan pematuhan SOP yang ketat dan kebanyakkan acara dan program ditukarkan daripada secara bersemuka kepada secara dalam talian.

Sebagai contoh pameran maya oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad, membuktikan setiap platform digunakan semaksima mungkin untuk menggerakkan pelan kerja yang sudah dirancang terdahulunya. Dalam mendepani usia penubuhan UPM 50 tahun, seluruh warganya sudah bersedia untuk menyahut cabaran yang cukup kompleks dalam melestarikan institusi kebanggaan ramai ini. Satu jalan tertutup, maka jalan-jalan lain sedia dibuka untuk meneruskan legasi perkongsian ilmu.

Bagaimana mahu menyaksikan pameran maya?

Pameran yang bertujuan untuk memaparkan kisah penubuhan dan perjalanan kejayaannya sepanjang penubuhan bermula 1971 sehingga 2021. 

Pameran boleh diakses dengan melayari, 

https://lib.upm.edu.my/pameran/pameran_maya_sambutan_jubli_emas_50_tahun_upm-13273

Seterusnya klik pada pautan yang disediakan pada laman sesawang tersebut sama ada mahhu meyaksikan dalam versi web ataupun versi interaktif. Pelbagai sisipan sejarah dan perjalanan kejayaan sebuah alma mater yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan keilmuan dan kesarjanaan institusi Pendidikan tinggi di Malaysia. 

Pameran maya ini satu langkah perancangan program yang amat relevan dengan situasi sekarang. Pelajar, warga UPM dan komuniti setempat masih boleh merasai semangat sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM dengan melayari laman sesawang ini yang membawa setiap alumninya kepada satu kenangan zaman UPM dulu-dulu hinggalah kepada hari ini. 

Setiap daripada warga UPM daripada Pengurusan atasan, staf, pelajar dan alumni dialukan-alukan melayari laman sesawang Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan juga laman sesawang sambutan 50 tahun UPM untuk mengetahui setiap perincian maklumat, sejarah dan juga aktiviti sepanjang sambutan ini berlangsung. 

Berbakti dan berilmu menjadi kata azimat yang akan membawa setiap graduannya kembali kepada alma mater untuk menyumbang kembali tidak kira dari sudut kewangan, masa dan idea demi menjadikan institusi ini dapat terus menyambung bakti kepada generasi seterusnya. 

Tarikh Input: 07/10/2021 | Kemaskini: 07/10/2021 | sitinurain

PERKONGSIAN MEDIA

50 TAHUN UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
SXDdGAl~