OPENING CEREMONY MEGA PROJECT AGRO ENTREPRENEUR WITH ALUMNI | 50 YEARS UPM
» ACTIVITIES » OPENING CEREMONY MEGA PROJECT AGRO ENTREPRENEUR WITH ALUMNI

ACTIVITIES

Event Title
OPENING CEREMONY MEGA PROJECT AGRO ENTREPRENEUR WITH ALUMNI
Date
29 Jan 2021 - 29 Jan 2021
Time
10.00 - 12.00
Location
ALUMNI RELATIONS CENTRE & AGROTEK FARM UNIVERSITY AGRICULTURE PARK, UPM
Event Summary
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia Sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Persatuan Alumni UPM (PAUPM), Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (CEM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), dan Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (Myagrosis) telah menganjurkan Majlis Perasmian Projek Mega Usahawan Tani bersama Alumni secara dalam talian. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmian oleh Presiden Persatuan Alumni, YBhg. Dato’ Raihan Shariff. Majlis ini turut dirai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, YBrs. Encik Fahmi Azar Mistar, Pengurus Persatuan Alumni UPM (PAUPM), YBrs. Encik Wan Ali Wan Ab. Rahman, Pengarah Projek Mega, Saudara Khairul Amirin serta tetamu undangan dalam talian.

Projek Mega Usahawan Tani bersama Alumni merupakan sebuah projek perintis bagi program kelestarian pertanian di UPM anjuran pelajar. Asas perjalanan projek ini adalah untuk melahirkan usahawan tani dalam kalangan pelajar UPM yang berdaya saing dan kompeten dalam arus perubahan negara moden menjelang 2030. Projek Mega ini bertumpukan penanaman rock melon secara teknik fertigasi yang akan diusahakan oleh 6 orang pelajar dalam kalangan B40 yang telah dipilih melalui satu proses temuduga. Hasil tuaian rock melon ini nanti akan menjadi peluang kepada pelajar untuk menambah pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan di kampus dan juga menampung kehidupan di era penularan pandemik COVID-19 ini. Pelaksanaan Projek Mega ini adalah sebagai latihan pertanian jangka panjang agar peserta boleh mengusahakan kaedah fertigasi sebagai mata pencarian kelak. Disamping itu, projek ini merupakan batu loncatan bagi memberi pendedahan dan kemahiran mengenai asas keusahawanan pertanian agroentrepreneur untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan asnaf.

Bagi melengkapkan latihan pertanian jangka panjang ini, seorang mentor telah dilantik untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar, memantau disamping berkongsi kepakaran kepada peserta projek ini. Mentor tersebut merupakan alumni UPM kelas 2000, 2015 yang berlatar belakang pelajar program pertanian. Encik Ahmad Nazri Abdullah Zawawi dari Jabatan Pertanian Daerah Klang Selangor telah dilantik sebagai mentor kepada projek perintis ini selama tempoh satu tahun.

Sejurus selepas majlis perasmian Projek Mega, satu lawatan dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ke UPM telah berlangsung. YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid (TKSUD) telah mengadakan satu sesi lawatan ke tapak projek pertanian pelajar UPM dan salah satu lawatan tapak adalah di Ladang Agrotek, tapak semaian projek rock melon. Lawatan tapak tersebut bertujuan untuk meninjau projek-projek pertanian yang diusahakan oleh pelajar UPM disamping memberi sokongan dan dorongan dari pihak kerajaan agar projek pertanian yang mereka usahakan akan membuahkan hasil lumayan disamping memberi manfaat kepada semua pihak.

Updated:: 30/01/2021 [sitinurain]

MEDIA SHARING

50 YEARS UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W1UJWDAd:03:57