FORUM SEMARAK BUDI BERILMU BERBAKTI | 50 YEARS UPM
» ACTIVITIES » FORUM SEMARAK BUDI BERILMU BERBAKTI

ACTIVITIES

Event Title
FORUM SEMARAK BUDI BERILMU BERBAKTI
Date
17 Sep 2021 - 01 Jan 2022
Time
01.00 - 07.30
Location
ZOOM AND FB LIVE
Event Summary
Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan FORUM WEBINAR SEMARAK BUDI BERILMU BERBAKTI bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM.

Butir-butir Program adalah seperti berikut:

Nama Program: FORUM WEBINAR SEMARAK BUDI BERILMU BERBAKTI

Tajuk: Mendepani Cabaran Perkhidmatan Perpustakaan dan Taman Pertanian Universiti Sepanjang Dua Dekad Penubuhan (2001 – 2021)

Tarikh: 17 September 2021 (Jumaat)
Masa: 9 pagi - 12 tengahari

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/99036243035?pwd=QWhVUklMaGNFZE0wY2dmZXJzbXFXUT09

Meeting ID: 990 3624 3035

Passcode: TPUPSAS21



Forum ini juga dapat ditonton secara langsung melalui Facebook Live

👉https://www.facebook.com/tpuserdang

👉https://www.facebook.com/upmlib


Ahli Panel:

1. Dato' Dr. Idris Abdol (Mantan Pengarah, TPU)

2. Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin (Pengarah, TPU)

3. En. Muzaffar Shah Kassim (Ketua Pustakawan, PSAS)

4. En. Amir Hussain Md Ishak (Mantan Ketua Pustakawan, PSAS)


Moderator:

En. Shuhaimi Ab. Rahim (Pegawai Pertanian, TPU)


Sinopsis FORUM:

Pengenalan kepada perkhidmatan Perpustakaan UPM dan Taman Pertanian Universiti. Menyelusuri sejarah penubuhan kedua-dua entiti semenjak penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (1971), pertukaran nama Universiti Putra Malaysia (1997) seterusnya penyesuaian fungsi terhadap pencapaian status Universiti Penyelidikan (2006), perkhidmatan sokongan pengajaran, penyelidikan dan kemasyarakatan serta universiti berstatus autonomi. Cabaran mengadaptasi teknologi pertanian pintar bagi menyahut era revolusi IR4.0 juga dibahaskan selain perkongsian pengalaman pentadbiran dan kepimpinan, turut akan dibincangkan cabaran semasa pandemik COVID-19 dan hala tuju pemerkasaan pertanian UPM 2021 – 2025.

Sehubungan itu, kami mengalu-alukan penglibatan tuan/puan semua bagi menjayakan dan memeriahkan FORUM ini.

Mata CPD latihan dan e-sijil akan diberikan kepada staf UPM yang menyertai program ini.

Bersama-sama ini disertakan poster untuk edaran dan sebaran kepada semua pihak.

#50TahunUPM
#JubliEmasUPM
#WeLoveUPM
#KamibanggamenjadialumniUPM

Updated:: 14/09/2021 [famezan]

MEDIA SHARING

50 YEARS UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W1UJWEAX:04:14